Kebaikan Dan Keburukan Gajet Dalam Kehidupan Harian Masyarakat.

 Assalamualaikum w.b.t,

selamat sejahtera semua,semoga kalian semua dalam keadaan yang sihat hendaknya.

Untuk entry kali ini min akan berkongsi tentang kebaikan dan keburukan gajet dalam kehidupan harian masyarakat.

Dalam menempuh dunia masa kini yang serba canggih,kemudahan teknologi gajet merupakan satu perkara yang penting dalam kalangan masyarakat.Penggunaan gajet yang lebih meluas di seluruh pelosok dunia memudahkan penguna untuk mengakses maklumat pada bila-bila masa sahaja,dan di mana-mana sahaja.Hal ini seterusnya memberikan pelbagai manfaat dan faedah kepada pengguna.Akan tetapi,pengguna juga perlu bijak dalam mengurus masa penggunaan gajet dalam kehidupan harian bagi mengelakkan dari perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat.

 

Mengupas tentang kebaikan gajet kepada masyarakat,kemudahan gajet:

1.     1.Berfungsi sebagai alat perhubungan

         Kemudahan gajet dapat memudahkan interaksi dan komunikasi antara dua insan yang berjauhan secara atas talian  sama ada melalui mesej,telefon,emel dan sebagainya.Hal ini seterusnyna dapat mengeratkan lagi tali persaudraan antara satu sama lain.Misalnya,dengan kemudahan peranti telefon pintar dapat menghubungkan komunikasi seorang anak yang berada di utara dengan keluarga yang berada di selatan.Sejak dari dahulukala telah tercipta pelbagai alat dan medium telekomunikasi yang digunakan oleh umat manusia.Misalnya,pada zaman dahulu lagi telefon digunakan sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan mesej,menggantikan kaedah ‘merpati pos’ ,telegraf,asap dan lain-lain.Dalam  situasi dunia yang dilanda pandemik alat telekomunikasi ataupun gajet amatlah membantu banyak pihak yang memerlukan alat untuk kekal berhubung dan dapat melaksanakan operasi mereka.Antara contoh keguaan gajet danteknologi ketika dalam situasi wabak Covid-19 adalah dimana syarikat ataupun organisasi mengadakan mesyuarat secara atas talian sahaja,manakala sektor pendidikan,pelajar dan guru berhubung dan melaksanakan sesi pembelajaran hanya secara atas talian.

 

2.       2.Membantu masyarakat untuk mencari dan memperoleh maklumat dengan lebih mudah.

           Sebelum tercetusnya teknologi dan lahirnya era yang serba moden ini,masyarakat pada waktu tersebut perlu ke perpustakaan untuk meminjam buku serta mengumpulkan bahan-bahan ilmiah untuk mendapatkan sesuatu maklumat.Perjalanan itu bukanlah hanya sekadar itu,tapi untuk ke perpustakaan yang terletak jauh dari rumah,mereka perlu menaiki bas,ataupun menunggang basikal untuk ke perpustakaan tersebut.Kini,dengan kemudahan teknologi dan internet,masyarakat boleh mendapatkan maklumat dan mengakses info-info dengan hanya melayari internet.Itulah yang dikatakan semua di hujung jari,rakyat kini boleh mendapatkan informasi-informasi berkaitan apajua tajuk di mana-mana jua,dan pada bila-bila masa tanpa mengira waktu dan tempat.Hal ini menjadikan pengguna lebih fleksibel untuk mengkaji dan mencari maklumat.Misalnya,kemudahan e-perpustakaan dan e-buku yang boleh diakses secara dalam talian memudahkan pengguna tanpa perlu ke perpustakaan secara fizikal.Hal ini seterusnya dapat menjimatkan lagi masa pengguna.Di internet juga terdapat lebih dari ratusan capaian dan hasil carian yang boleh kita perolehi melalui satu ketikan.

 

3.       3.Membantu peniaga menjana pendapatan

       Seterunsya,kemudahan teknologi mewujudkan lebih banyak jaringan perniagaan secara atas talian.Dengan hal demikian,masyarakat dapat memasarkan produk dan barang niaga mereka di media sosial seperti facebook,Instagram,tik tok,twitter dan banyak lagi.Kemudahan fitur-fitur yang terdapat pada aplikasi tersebut dimana terdpata fitur khusus untuk berniaga,misalnya di instagram,terdapat ikon 'instagram shop',manakala terdapat juga aplikasi whatsapp business yang memberi pengkhususan kepada para peniaga.Dengan adanya paltform media sosial,para peniaga dapat menarik lebih ramai pelanggan setelah melihat postingan,katalog dan aktiviti perniagaan kedai yang disiarkan di media sosial mereka.Tamabahan pula,terdapat juga aplikasi untuk membeli belah secara atas talian.Contohnya Lazada,Shoppee,Amazon,Ebay dan lain-lain lagi.Aplikasi-aplikasi ini sememangnya khusus untuk masyarakat menjalankan perniagaan mereka,di samping para peniaga juga turut dapat berinteraksi bersama penjual.Misalnya,di aplikasi shoppee,terdapat ruangan 'shoppee live' di mana peniaga akan bersiaran langsung bersama pembeli secara atas talian.Dengan adanya kemudahan teknologi seperti ini dapat mengembangkan lagi perniagaan para peniaga,seterusnya menambah pendapatan sampingan mereka.

 

Manakala antara kesan negatif sekiranya gajet tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya adalah : 

1.     1.Penyebaran berita palsu dan fitnah

            Kemudahan mengakses maklumat tanpa sempadan mengakibatkan penyebaran berita palsu berlaku dengan cepat dan pantas di kalangan masyarakat.Lebih parah lagi berita yang dikongsi tidak diperiksa dan tidak diketahui sumbernya terlebih dahulu.Perkara ini boleh membawa kepada perbalahan dan perseteruan di kalangan masyarakat.Yang lebih membimbangkan,maruah dan kredibiliti seseorang juga boleh tergugat akibat daripada fitnah dan berita palsu ini.Misalnya,kita dedahkan dengan berita artis mahupun tokoh korporat yang mempunyai skandal ataupun dikenakan tindakan tatatertib,sedangkan perkara tersebut adalah bercanggah dengan kenyataan daripada empunya diri.Sesetengah masyarakat melaporkan berita yang tidak sahih demi mendapatkan view dan like yang banyak.Hal ini tidak seharusnya berlaku,di mana sebagai penyampai berita ataupun penyampai maklumatt dan laporan perlulah memastikan maklumat yang dikongsi adalah benar,tepat dan sahih.Sebagai masyarakat dan pengguna bijak juga kita perlu memastikan setiap perkara dan informasi yang dikongsi adalah sahih dan tepat.Ingat,tidak pasti jangan kongsi.

 

2.       2.Kurangnya interaksi sosial sesama insan.

           Antara kesan buruk lain bagi gajet adalah dari aspek sosial,di mana ketagihan kepada gajet mengakibatkan pengguna menjadi lebih pasif, pendiam dan kurang berinteraksi dengan orang ramai.Pengguna lebih memilih untuk duduk terperap di dalam rumah bermain gajet berbanding melakukan aktiviti yang memberikan manfaat.Hal ini rentetan ketagihan yang melampau sehingga pengguna tidak dapat berenggang dengan gajet.Sehinggakan makan,pakai,mandi dan tidur mereka menjadi tidak terurus.Bukan sahaja pengguna menjadi pasif,malahan hal ini akan membawa kepada wujudnya jurang komunikasi antara masyarakat,di mana pengguna yang ketagih kepada gajet akan merasakan seolah-olah mereka berada pada dunia sendiri.Hal inilah yang menyebabkan  komunikasi menjadi terbatas.Mereka yang ketagih dengan gajet biasanya akan kurang pendedahan kepada alam sekitar dan isu semasa.Kesan lain yang melibatkan isu sosial yang berpunca daripada ketagihan kepada gajet adalah mereganggkan tali persaudaraan antara satu sama lain,lebih- lebih lagi dalam hubungan kekeluargaan.Mereka lebih mementingkan dan mengutamakan permainan maya mereka berbanding kehidupan realiti mereka,termasuklah perihal keluarga dan orang terdekat mereka.Apabila berkumpul bersama ahli keluarga,mereka tetap setia dengan gajet mereka,tanpa menghiraukan orang sekeliling mereka.

 

3.       3.Mengundang pelbagai penyakit

             Di sampimg itu,ketagihan gajet turut memberi kesan kepada tahap kesihatan seseorang.Hal ini berlaku akibat daripada  pengguna itu sendiri yang tidak sensitif dengan keperluan dan kesihatan tubuh badan.Mereka biasanya sanggup tidak tidur malam untuk bermain gajet atau melayari internet.Perkara tersebut boleh menyebabkan tubuh badan lebih lesu akibat kurang rehat, kekejangan otot dan sakit leher, bahu atau belakang dan gangguan pemakanan akibat pengabaian dengan waktu makan.Dalam dunia masa kini,ramai anak muda seawal usia mereka  6 tahun sudah memakai cermin mata,akibat daripada terlalu lama mata menatap skrin telefon.Menurut pakar optometris OasisEye Prashanti Amirtharatnam, sebuah konsortium pakar oftalmologi,berkata: “Dengan kebanyakan kanak-kanak menghabiskan terlalu lama masa di skrin dan tidak bermain di luar sekarang ini, mereka berisiko mengalami rabun dekat atau myopia – di mana objek yang jauh menjadi kabur.”Kita seharusnya mengambil berat akan kesihatan tubuh badan kita yang merupakan amanah dari tuhan dan wajib ke atas kita untuk menjaganya.

                        

          Kesimpulannya,teknologi dan gajet bukanlah satu perkara yang asing lagi dalam kehidupan masyarakat.Tidak kira tua atau muda,masing-masing memiliki peranti pintar sendiri yang dapat digunakan untuk pelbagai manfaat.Sebagai pengguna bijak,masyarakat mestilah bijak dalam mengatur dan mengendalikan penggunaan gajet dalam kehidupan harian bagi mengelakkan ketagihan.Sekiranya kita sebagai masyarakat yang bijak dalam menggunakan gajet,pastinya hal tersebut akan membawa kepada 1001 kebaikan dan manfaat.Bagi melahikan generasi yang bijak dalam mengendalikan penggunaan gajet dan teknologi,semua pihak memainkan peranan dalam mengawal penggunaan gajet dalam kalangan masyarakat khususnya anak muda bagi mengelakkan kemunduran dan kerosakan generasi muda,rentetan ketagihan dan taasub terhadap gajet.Ibu bapa boleh mengambil inisiatif menyediakan jadual penggunaan gajet kepada anak-anak bagi mengawal penggunaan gajet dalam rutin harian anak-anak.Manakala pihak sekolah misalnya mengadakan kempen kesedaran ketagihan gajet yang memberi pendedahan tentang bahaya dan mudarat gajet sekiranya digunakan tanpa pengawasan dan tanpa had masa.


Comments