Posts

Showing posts from May, 2022

Kepentingan Menjaga Kebersihan Diri Dan Persekitaran.

 بسم الله الرحمان الرحيم  Assalamualaikum semua. Jadi perkongsian kali ni min nak kongsikan serba sedikit mengenai kepentingan menjaga kebersihan diri dan persekitaran.        Semua sedia maklum bahawa isu kebersihan ini bukanlah isu yang kecil,dimana dengan kebersihan kita dapat menjamin kehidupan dan negara yang sejahtera.Pergilah ke mana jua pun,kita pasti akan menilai kebersihan sesuatu  tempat terlebih dahulu.Misalnya,kita akan pilih gerai atau restoran makanan yang kita yakin dengan kebersihannya.Sekiranya kita pergi ke satu gerai untuk membeli makanan,tetapi berdekatan dengan gerai tersebut terdapat longgokan sampah,atau berhampiran dengan loji,maka kita pasti akan meragui kebersihan makanan tersebut,yang mana mungkin makanan tersebut telah tercemar.Hatta sesama insan seklaipun,kita seharusnya menjaga kebersihan diri.Sekiranya tidak,hal tersebut pasti akan mengundang ketidakselesaan kepada orang di sekeliling kita.Contohnya,baju yang kotor ...

Aku dan kucing

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t semua.. Diharapkan semuanya dalam keadaan yang sihat dan bahagia sentiasa. Jadi hari ini min akan berkongsi tentang kucing.Hari ini tajuk kita santai-santai sahaja. Ya,haiwan berbulu tu,yang kalau dicakarnya kita,habislah berdarah dan luka. Sebenarnya min bukanlah seorang pecinta kucing.Dulu min juga takut dekat kucing.Takut kucing-kucing tu nanti cakar kita.Lagi-lagi bila jumpa kucing yang garang.Orang nak dekat pun dia marah.Lagilah kita takut. Min ada pengalaman dengan kucing yang menjadikan min daripada insan yang takut dengan kucing kepada seorang yang pantang kalau nampak kucing.Tapi min bukanlah pecinta kucing.Kalau pecinta kucing ni dia punya kasih sayang dekat kucing tu memang min tabik.Diorang ni bukan saja sanggup berhabis ribu-riban untuk kucing,tapi diorang tak kira kucing apapun,diorang tak memilih untuk jaga dan beri perhatian juga kasih sayang,walaupun kucing tu berkurap. Pengalaman min tu berlaku sekitar min dalam umur 7 ...

Kelebihan membeli-belah secara atas talian

      Kemudahan teknologi mendorong masyarakat untuk membeli belah secara atas talian.Sama ada pakaian,makanan mahupun aksesori,dan banyak lagi item-item yang ditawarkan dan boleh didapati di platform perniagaan atas talian.Antara platform yang menawarkan perniagaan secara atas talian ialah Lazada,Shoppee,Amazon,Ebay,Grab.Foodpanda dan bermacam-macam lagi.Membeli-belah secara atas talian sememangnya memudahkan pengguna dan dapat memberikan pelbagai kelebihan kepada pembeli.Dengan situasi dunia yang dilanda wabak Covid-19 menjadikan platform perniagaan atas talian adalah cara yang efektif bagi mengelakkan penularan wabak tersebut.Pada tempoh tersebut,boleh dikatakan 70% urusniaga yang dijalankan adalah secara atas talian.Hal ini rentetan pada ketika itu rakyat tidak dibenarkan keluar rumah dan premis-premis perniagaan terpaksa ditutup untuk sementara waktu bagi mengekang penularan wabak Covid-19 tersebut.Bermula dari sinilah,masyarakat mula untuk belajar menjalankan dan be...

Amalan cina buta

Amalan nikah tahlil atau cina buta membawa erti yang lebih difahami sebagai pernikahan yang merupakan jalan bagi seorang wanita kembali kpeada bekas suaminya yang samada telah bercerai talak tiga ataupun perceraian yang ketiga kali dengannya.Amalan pernikahan ini seharusnya dielakkan dan dihindarkan dalam kalangan umat Islam.Pernikahan tersebut bukan sahaja tidak sah malah mendapat laknat dari Allah dan rasul.Pernikahan yang sebenarnya untuk meraih redha dan rahmat Allah akhirnya hanya mengundang murka dan laknat Allah.Hal ini telah diberitakan dengan sabdaan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,dengan hadis yang berbunyi : عَنْ عَبْدِ اللهِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ قَالَ: لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ ص الْمُحَلّلَ وَ الْمُحَلَّلَ لَهُ. الترمذى و قال هذا حديث حسن صحيح Dari ‘Abdullah bin Mas’ud,dia berkata, “ Rasulullah melaknat muhallil (yang menghalalkan) dan muhallalah ( orang yang dihalalkannya).Berdasarkan hadis tersebut,jelaslah bahawa Islam menegah amalan cina buta atau nikah tahlil yang man...