Cara membuang sifat negatif dalam diri
Setiap insan pasti pernah berada di satu fasa dimana kita merasakan kita tidak baik,tidak layak untuk gembira,selalu merasakan hidup ini sulit dan sukar dan semacam lagi pemikiran yang negatif.Sehinggakan pada satu tahap,kita rasa hendak berputus asa dan mengalah.Bahkan sampai ada yang sanggup mencederakan diri sendiri kerana merasakan kehidupan mereka tiada gunanya dan tidak bererti lagi.Perkara ini seharusnya dipandang serius oleh semua pihak,kerana ramai umat manusia yang kehilangan moral dan nilai-nilai murni yang melakukan jenayah tanpa henti atas alasan mereka merasakan menjadi stu sisi buruk,jahat dan negatif dalam diri adalah lebih menyeronokkan.Banyak perkaara manfaat yang boleh kita lekukan untuk membuang perasaan dan pemikiran negatif dalam diri kita.Apatah lagi sebagai umat Islam,kita yakin bahawa kehidupan di dunia hanyalah sementara,manakala kehidupan di akhirat adalah kekal selamanya.Justeru itu,kita perlu faham akan tujuan kita hidup di atas m...