Posts

Showing posts from April, 2022

Kebaikan Dan Keburukan Gajet Dalam Kehidupan Harian Masyarakat.

 Assalamualaikum w.b.t, selamat sejahtera semua,semoga kalian semua dalam keadaan yang sihat hendaknya. Untuk entry kali ini min akan berkongsi tentang kebaikan dan keburukan gajet dalam kehidupan harian masyarakat. Dalam menempuh dunia masa kini yang serba canggih,kemudahan teknologi gajet merupakan satu perkara yang penting dalam kalangan masyarakat.Penggunaan gajet yang lebih meluas di seluruh pelosok dunia memudahkan penguna untuk mengakses maklumat pada bila-bila masa sahaja,dan di mana-mana sahaja.Hal ini seterusnya memberikan pelbagai manfaat dan faedah kepada pengguna.Akan tetapi,pengguna juga perlu bijak dalam mengurus masa penggunaan gajet dalam kehidupan harian bagi mengelakkan dari perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat.   Mengupas tentang kebaikan gajet kepada masyarakat,kemudahan gajet: 1.       1.B erfungsi sebagai alat perhubungan           Kemudahan gajet  dapat memudahkan interaksi dan komuni...

Adab ketika menziarahi rumah orang ketika berhari raya

 Hai dan assalamualaikum semua! Apa khabar semua? Diharapkan para pembaca semua dalam keadaan yang sihat dan walafiat. Kita selalu pergi ke rumah saudara mara mahupun sahabat dan kenalan, sama ada untuk menziarahinya ataupun dengan tujuan lain.  Sebagai tetamu, kita mestilah menjaga adab dan perilaku ketika berada di rumah orang,walaupun tuan rumah tesebut adalah kenalan rapat kita. Jadi untuk perkongsian kali ini aida akan kongsikan beberapa adab yang sepatutnya kita aplikasikan dalam kehidupan kita.            Pertamanya,ketuk pintu dan bagi salam sehingga tiga kali sahaja.Sekiranya masih tiada sahutan walaupun setelah salam yang ketiga,maka kita sepatutnya mengambil tindakan untuk bergerak meninggalkan rumah tersebut.Boleh jadi memang tuan rumah tiada di rumah pada ketika itu,ataupun tuan rumah dalam situasi tidak mahu diganggu.Pokok pangkalnya,mesti ada sebab mengapa tuan rumah tidak mahu buka pintu rumahnya.Boleh jadi juga tuan rumah sedang m...

Kelebihan perkahwinan dalam Islam berbanding perkahwinan dalam agama lain.

 Bismillahirrahmanirrahim. Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan syariat dalam agama Islam terhadap sekalian umatnya,disamping ianya juga salah satu daripada sunnah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Termaktub dalam hadis no 994, Dari Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam setelah memuji Allah dan menyanjung-Nya bersabda: "Tetapi aku sholat, tidur, berpuasa, berbuka, dan mengawini perempuan. Barangsiapa membenci sunnahku, ia tidak termasuk ummatku." Muttafaq Alaihi.Hal ini menegaskana bahawa pernikahan adalah satu perkara penting yang dituntut dan tidak wajar untuk membenci dan mengelakknya. Umumnya,pernikahan menyatukan dua jiwa dan individu yang bertentangan jantina,dimana seorang lelaki dan seorang wanita.Pernikahan juga merupakan alam baharu kepada pasangan pengantin baharu untuk mula belajar dan menyesuaikan diri dengan suasana dan alam rumah tangga kelak.Kerana itulah pentingnya ilmu-ilmu alam rumah tangga yang perl...

Media sosial dan krisis rumah tangga

           Kehidupan pada era globalisasi yang serba moden ini menjadikan teknologi,peranti pintar dan media sosial bukanlah perkara yang asing lagi.Tidak dinafikan bahawa media sosial banyak memberi manfaat kepada umat manusia,misalnya media sosial dapat menghubungkan serta merapatkan ukhuwah dan silaturahim sesama insan.Akan tetapi,media sosial juga banyak mendatangkan mudarat dan kesan yang tidak baik.Hal ini termasuklah dari aspek kesihatan.Misalnya,banyak berlaku dalam kalangan masyarakat dunia masa kini yang menjadi mangsa buli siber dan menjadi pembuli siber.Perkara ini jika dibiarkan akan berlarutan seterusnya membawa kepada tekanan dan penyakit mental.Pokok pangkalnya,kita sebagai pengguna mestilah bijak menggunakan dan memanfaatkan media sosial dengan sebaiknya,misalnya dengan menjadikan media sosial sebagai platform untuk menyampaikan dakwah.               Berikutan penggunaan media ...

Tips Bagi Meredakan homesick

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Memandangkan baru-baru ini sesi persekolahan secara bersemuka baru sahaja bermula,dan ia bermakna pelajar-pelajar sama ada sekolah menengah mahupun mahasiswa universiti akan kembali ke asrama ataupun kolej masing-masing. Bagi mereka yang pertama kali akan berjauhan dengan keluarga dan kampung halaman tercinta,pastinya akan terbit kerinduan dalam hati masing-masing setelah berpisah dengan keluarga tercinta.Kita akan teringat-ingat pada rumah,keadaan dalam rumah,waktu-waktu yang pernah diluangkan bersama keluarga dan macam-macam lagi yang berkait rapat dengan kehidupan kita sebelum memasuki asrama.Keadaan ini biasanya digelar  “homesick”. Homesick  ini apa sebenarnya?.Oh yaa,,homesick ini juga adalah perkara normal ya,kawan-kawan.Jadi sebagai rakan lain,kita tidak sepatutnya mengejek rakan kita yang kadang nangis kerana rindukan keluarganya mahupun kampung halamannya.  Homesick  ini sebenarnya membawa maksud dimana kita r...