Kelebihan perkahwinan dalam Islam berbanding perkahwinan dalam agama lain.
Bismillahirrahmanirrahim.
Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan syariat dalam agama
Islam terhadap sekalian umatnya,disamping ianya juga salah satu daripada
sunnah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Termaktub dalam hadis no 994, Dari Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu bahwa
Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam setelah memuji Allah dan menyanjung-Nya
bersabda: "Tetapi aku sholat, tidur, berpuasa, berbuka, dan mengawini
perempuan. Barangsiapa membenci sunnahku, ia tidak termasuk ummatku."
Muttafaq Alaihi.Hal ini menegaskana bahawa pernikahan adalah satu perkara
penting yang dituntut dan tidak wajar untuk membenci dan mengelakknya.
Umumnya,pernikahan menyatukan dua
jiwa dan individu yang bertentangan jantina,dimana seorang lelaki dan seorang
wanita.Pernikahan juga merupakan alam baharu kepada pasangan pengantin baharu
untuk mula belajar dan menyesuaikan diri dengan suasana dan alam rumah tangga
kelak.Kerana itulah pentingnya ilmu-ilmu alam rumah tangga yang perlu
diperlajari terlebih dahulu.
Perkahwinan dalam Islam menetapkan
beberapa rukun pernikahan di mana wajib terdiri daripada pengantin
perempuan,pengantin lelaki,wali,saksi,ijab dan kabul.Rukun tersebut mestilah dituruti
dan dipenuhi untuk meraih pernikahan yang sah dan diterima disisi syara’.Meskipun
begitu,hal ini mungkin sedikit berbeza dengan agama-agaa lain,yang mempunyai
syarat-syarat pernikahan tersendiri.Akan begitu,terdapat beberapa kelebihan
perkahwinan dalam Islam jika dibandingkan dengan agama-agama lainnya.
Islam menuntut umatnya untuk
mendahulukan agama sebagai kriteria utama dalam memilih calon isteri.Bukanlah
rupa dan harta yang sepatutnya diambilkira terlebih dahulu.Hal ini bagi
bertujuan mahligai cinta yang dibina adalah berlandaskan syariat agama agar
rahmat dan redha Allah dapat diperoleh.Berbeza dengan pernikahan dalam agama
lain,pegangan agama bukanlah satu perkara yang ditekankan dalam pemilihan calon
pasangan,melainkan untuk hanya beberapa agama yang menekankan pegangan
agama.Dunia masa kini lebih mementingkan persamaan kaum dan suku berbanding pegangan
agama.Dengan pemilihan calon pasangan yang mempunyai pegangan agama yang utuh,mereka
dapat mebimbing antara satu sama lain di samping dapat mendidik anak-anak dan
keturunan mereka dengan ajaran agama yang betul dan sahih.Selain itu juga dapat
memupuk sikap hormat menghormati dan kasih mengasihi sesama pasangan apabila
agama dapat difahami.
Seterusnya,adat dan kebiasaan
manusia di muka bumi ini yang mempunyai mindset bahawa tugas wanita
adalah didapur dan wanita itu sinonimnya adalah dapur.Dalam hal ini,mereka
beranggapan tugas-tugas rumah adalah dibawah pundak isteri,sementara para suami
keluar mencari rezeki.Akan tetapi,Islam mengajar umatnya untuk saling bantu
membantu sesama pasangan dan ahli keluarga.Tidak semestinya hanya isteri yang
perlu masak setiap masa untuk isi rumah,para suami juga seharusnya membantu
para isteri di dapur bagi meringankan beban isteri di samping dapat mengeratkan
hubungan kekeluagaan dan memupuk kasih sayang.Matlamat perkahwinan dalam Islam
salah satunya bagi memupuk mawaddah,sakinah dan rahmah dalam mahligai
perkahwinan yang dibina.
Perkahwinan dalam Islam juga
membawa konsep mengangkat martabat wanita,di mana proses pernikahan perlu melalui
beberapa fasa.Antara fasa tersebut adalah merisik,khitbah ataupun tunang,dan
seterusnya adalah nikah.Kerana maruah dan martabat seorang wanita yang terjaga
rapi,maka analoginya pihak lelaki perlu berusaha lebih bagi mendapatkan calon
idaman tersebut.Fasa-fasa tersebut juga adalah bagi mendidik bakal pasangan
suami isteri tersebut lebih bersedia untuk menempuh alam perkahwinan.Bagi
sesetengah kaum,mereka menganggap isteri yang mereka nikahi hanyalah sebagai pembantu
untuk melakukan tugas-tugas rumah di samping sebagai alat untuk mereka
melepaskan nafsu mereka.Islam menuntut umatnya untuk melayani dan menghargai
para isteri dengan cara terbaik dan menghormati hak mereka sebagai seorang
isteri dan ibu dirumah dan wanita pada wasyarakat diluar sana.
Pernikahan dalam Islam juga dapat
membendung dari berleluasanya maksiat dan perzinaan di kalangan umat manusia.Pernikahan
sebenarnya dapat mengelakkan berlakunya maksiat-maksiat seperti tidak menjaga
pandangan,bersentuhan antara bukan mahram,tidak menjaga iktilat dan banyak
lagi.Dalam hal ini,sebelum bergelar pasangan,wajib untuk wanita dan lelaki
tersebut menjaga pandangan dan batas pergaulan sesama mereka.Dengan sahnya akad
pernikahan mereka menjadikan mereka halal antara satu sama lain.Pasangan yang
sudah berkahwin juga perlu menjaga pandangan mereka daripada melihat lelaki dan
wanita lain yang bukan mahram.Hal-hal sebegini yang seharusnya ditekankan bagi
mengelakkan perkara-perkara curang dan skandal berlaku.Tegasnya,bagi mengelakkan
pasangan yang tiada ikatan apa-apa daripada keluar berdua-duaan,berpegangan
tangan,saling berpelukan,saling meluahkan rasa sayang dan cinta,maka mereka
dianjurkan untuk mengikat tali ikatan pernikahan yang sah sekiranya sudah
mencukupi syarat dan berkemampuan.Dalam hal sekiranya belum berkemampuan untuk
berkahwin tetapi mempunyai nafsu syahwat yang tinggi,maka Islam mengajurkan
mereka agar berpuasa.Tujuannya dengan puasa tersebut dapat mengekang nafsu syahwat
mereka.Perkara tersebut telah dirakamkan dalam hadis sabdaan baginda Nabi
Muhammad S.A.W, Abdullah Ibnu Mas'ud Radliyallaahu
'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda pada kami:
"Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga
hendaknya ia kawin, karena ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara
kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat
mengendalikanmu." Muttafaq Alaihi
Akhir sekali ,pernikahan
dalam Islam juga menganjurkan pernikahan yang sederhana dan berpatutan.Pengantin
wanita seharusnya tidak mengenakan make up yang tebal dan busana yang
melampau sehingga menarik perhatian orang ramai.Konsep ini bertepatan dengan istilah
“tabarruj” dimana berlebih-lebihan dalam berhias sehingga menarik perhatian
orang lain.Selain daripada sudut pakaian yang berlebihan,pelamin pengantin juga
sebenarnya adalah tidak digalakkan.Hal ini kerana pengantin tersebut,khussnya
pengantin perempuan sebenarnya bukanlah untuk tatapan umum.Masyarakat kini
sanggup berhabis duit,bergadai tanah untuk memastikan mempunyai majlis
perkahwinan yang meriah,gilang-gemilang dan grand.Islam menganjurkan
untuk menjamu tetamu yang hadir,akan tetapi janganlah sampai pada tahap
membazir.Indahnya Islam mendidik umatnya agar tidak membazir dan menjaga maruah
keluarga pengantin.
Comments
Post a Comment