Media sosial dan krisis rumah tangga

 

         Kehidupan pada era globalisasi yang serba moden ini menjadikan teknologi,peranti pintar dan media sosial bukanlah perkara yang asing lagi.Tidak dinafikan bahawa media sosial banyak memberi manfaat kepada umat manusia,misalnya media sosial dapat menghubungkan serta merapatkan ukhuwah dan silaturahim sesama insan.Akan tetapi,media sosial juga banyak mendatangkan mudarat dan kesan yang tidak baik.Hal ini termasuklah dari aspek kesihatan.Misalnya,banyak berlaku dalam kalangan masyarakat dunia masa kini yang menjadi mangsa buli siber dan menjadi pembuli siber.Perkara ini jika dibiarkan akan berlarutan seterusnya membawa kepada tekanan dan penyakit mental.Pokok pangkalnya,kita sebagai pengguna mestilah bijak menggunakan dan memanfaatkan media sosial dengan sebaiknya,misalnya dengan menjadikan media sosial sebagai platform untuk menyampaikan dakwah.

 

            Berikutan penggunaan media sosial tanpa batas dikalangan masyarakat,hal ini turut membawa kesan dalam urusan rumah tangga dan kehidupan harian pasangan suami isteri.Ketagihan kepada media sosial akan mengakibatkan pengabaian kepada pasangan itu sendiri.Lebih parah lagi,berlaku pengabaian dalam pemberian nafkah rentetan ketaasuban kepada media sosial.Turut berlaku isu percurangan yang berpunca daripada media sosial.Kecanggihan fitur-fitur dalam aplikasi media sosial tersebut dapat menghubungkan masyarakat dengan orang luar,yang kita langsung tidak kenal,seterusnya berpotensi untuk memberi kesan kdalam kehidupan kita,samada kesan yang baik ataupun sebaliknya.Antara krisis lain yang berpunca daripada media sosial adalah pergaduhan,yang sesetengahnya berpunca daripada fitnah di media sosial.Hal ini berlaku rentetan kuasa penyebaran yang meluas,tambahan lagi dengan penyebaran berita tersebut tanpa diperiksa terlebih dahulu.


           Bertepatan dengan pendangan yang dikemukan oleh Pakar Psikologi dan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor,beliau menyatakan dalam artikel Malaysia Kini bahawa Trend penggunaan gajet elektronik dan media sosial didapati mampu menjadi penyebab penceraian di mana contohnya aplikasi seperti WhatsApp boleh menjadi platform untuk pasangan muda meluahkan perasaan marah apabila berhadapan konflik rumah tangga. Apabila masing-masing merasa marah, lalu menghantar mesej dalam WhatsApp misalnya. Ia boleh menimbulkan intonasi suara dan hasrat yang berbeza, disusuli persepsi negatif si penerima yang berlawanan dengan niat sebenar si penghantar mesej.Juga terdapat kes perceraian yang berlaku secara atas talian di mana si suami menghantar rakaman suara yang melafazkan lafaz talak kepada isterinya.Dalam hal ini talak tersebut tetap jatuh,walaupun bukan berlaku secara fizikal.Meskipun kuasa talak terletak pada suami,akan tetapi sebagai ketua keluarga ,suami mestilah mempertimbangkan semua aspek sebelum membuat keputusan.Justeru bukan pada isu talak sahaja,malah dalam apa-apa urusan sekalipun suami mesti bijak dalam mengendalikan emosi serta amarahnya agar tidak menimbulkan kekesalan pada kemudian hari.Dalam konteks perbincangan ini,suami dan isteri mestilah bujak menilai berita yang diterima,sama ada mengenai pasangannya ataupun perkara lain dengan teliti untuk mengelakkan berlaku salah faham dan perbalahan yang akan berlaku.


            Dunia masa kini juga banyak emeperlihatkan kepada kita dimana berlaku sesama suami isteri masing-masing mendedahkan aib dan keburukan pasangan mereka kepada khalayak ramai.Menurut Ustaz Azhar Idrus menerusi rakaman video kuliah beliau,Ustaz Azhar menerangkan bahawa hukum menyebarkan aib orang lain adalah berdosa besar.Kebanyakan manusia hari ini apabila berlaku perselisihan faham mahupun perbalahan,mereka lebih suka menyiarkan dan berkongsi di media sosial berbanding meyelesaikan secara bersemuka.Samalah halnya pasangan suami isteri yang saling memburukkan satu sama lain di media sosial.Hal ini pastinya akan mengundang kemurkaan Allah di samping mendapat kecaman netizen.Lebih manis dan cantik andainya kehidupan berumah tangga tidak dikongsi kepada khalayak ramai.Sekiranya terdapat masalah rumah tangga,suami isteri ambillah inisiatif duduk berbincang terlebih dahulu kemudian mencari jalan keluar yang disepakati bersama.Daripada menyebarkan aib pasangan yang akhirnya si pelaku menanggung dosa besar,lebih manis sekiranya pasagan tersebut  menyelesaikan dengan cara yang berhemah,dan tidak melibatkan orang luar.

 

            Di samping itu, sebagai umat Islam,penting untuk kita mengkaji dan mendengar terlebih dahulu cerita dari pihak dan sumber yang sahih serta mendapatkan kepastian menegenai hukum-hakam yang berkait daripada mereka yang alim serta mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang berita tersebut.Perkara tersebut telah dirakamkan dalam firman Allah,dalam surah Al-Hujurat ayat ke-6 ;

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

 

Artinya : 

Wahai orang- orang yang beriman, jika ada seorang faasiq datang kepada kalian dengan membawa suatu berita penting, maka tabayyunlah (telitilah dulu), agar jangan sampai kalian menimpakan suatu bahaya pada suatu kaum atas dasar kebodohan, kemudian akhirnya kalian menjadi menyesal atas perlakuan kalian. [al-Hujurât/49:6].

 

Daripada dalil tersebut,dapat kita fahami bahawa tabayyun atau meneliti terlebih sesuatu perkara terlebih dahulu adalah elemen yang penting dalam kita menerima sesuatu berita.Hal ini bagi memastikan berita yang akan diterima adalah sahih dan benar,untuk mengelakkan fitnah dan unsur-unsur penipuan.Dalam konteks perbincangan ini,setiap pasangan mestilah meneliti terlebih dahulu berita yang diterima,di samping memastikan berita yang akan disampaikan adalah daripada sumber yang sahih dan tepat.Misalnya jika suami mendapat khabar yang buruk tidak manis mengenai isterinya,maka perlu baginya menyiasat dan mensahihkan perkara tersebut.Sekiranya perkara tersebut adalah benar,suami tersebut perlu mengambil peranan sebagai ketua keluarga untuk menasihati isterinya agar tidak mengulangi perkara tersebut,di samping mengingatkannya untuk menjaga maruahnya sebagai seorang suami.


           Benar,media sosial sedikit sebanyak memberi kesan dalam kehidupan masyarakat masa kini.Media sosial membawa pengaruh yang besar dan kadangkalanya perkara yang disampaikan tidak membawa manfaat malahan hanya mengundang kecaman dan fitnah sahaja.Banyak isu dan krisis yang melibatkan pasangan suami isteri,adik beradik mahupun sahabat sendiri yang berpunca daripada media sosial itu sendiri.Pendedahan yang terdapat di media sosial kebaanyakkannya adalah tidak ditapis,dengan makna kata,sesiapa sahaja boleh mengakses dan mendapatkan maklumat yang terkini dan viral,yang pada sesetengahnya sumber berita tersebut adalah tidak diketahui dan tidak sahih.Hal ini akan lebih mengeruhkan keadaan di mana masyarakat masa kini,generasi muda terutamanya kurang rajin untuk memeriksa dan menilai sesuatu berita terlebih dahulu,sama ada  ianya sahih mahupun sekadar khabar angin.Mereka cepat mempercayai sesuatu berita dan menyebarkannya tanpa mengetahui asal usul dan pokok pangkal cerita tersebut.

         Isu perkahwinan dan perceraian bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng oleh masyarakat.Hal tersebut bukan hanya melibatkan perasaan pasangan suami isteri tersebut,malahan turut memberi kesan kepada perasaan dan maruah keluarga kedua-dua belah pihak.Pengaruh daripada media sosial seperti perbelanjaan secara atas talian,penyebaran fitnah dan isu orang ketiga amatlah berbahaya di mana ia akan memberi kesan kepada rumah tangga pasangan sekiranya tidak ditangani dengan bijak dan tidak berlandaskan syariat agama.

 

Comments