Tips Bagi Meredakan homesick
Bismillahirrahmannirrahim,
Assalamualaikum wbt,
Memandangkan baru-baru ini sesi persekolahan secara bersemuka baru sahaja bermula,dan ia bermakna pelajar-pelajar sama ada sekolah menengah mahupun mahasiswa universiti akan kembali ke asrama ataupun kolej masing-masing.
Bagi mereka yang pertama kali akan berjauhan dengan keluarga dan kampung halaman tercinta,pastinya akan terbit kerinduan dalam hati masing-masing setelah berpisah dengan keluarga tercinta.Kita akan teringat-ingat pada rumah,keadaan dalam rumah,waktu-waktu yang pernah diluangkan bersama keluarga dan macam-macam lagi yang berkait rapat dengan kehidupan kita sebelum memasuki asrama.Keadaan ini biasanya digelar “homesick”.
Homesick ini apa sebenarnya?.Oh yaa,,homesick ini juga adalah perkara normal ya,kawan-kawan.Jadi sebagai rakan lain,kita tidak sepatutnya mengejek rakan kita yang kadang nangis kerana rindukan keluarganya mahupun kampung halamannya. Homesick ini sebenarnya membawa maksud dimana kita rindu atau teringat-ingat kepada satu-satu tempat atau keadaan yang kita dah biasa dan selesa dengan tempat dan situasi tersebut.Jadi,apabila kita keluar dari tempat tersebut dan berada di tempat baharu,agak janggal bagi kita dan akan mengambil masa untuk kita menyesuaikan diri bagi membina rasa selamat dan selesa pada temapat baharu itu.Hal itu yang akan mengingatkan kita kepada tempat ataupun zon selesa kita yang dahulu.
Homesick ini juga perlu dikawal agar tidak mengganggu konsentrasi pelajaran kita sebagai seorang pelajar.Homesick berupaya menarik perhatian kita daripada focus ketika dalam kelas dan meningkatkan hormone sedih dalam diri kita rentatan kita teringat-ingat kepada cara hidup kita yang selesa sebelum ini.Di sini saya akan kongsikan beberapa tips yang boleh dilakukan untuk membendung homesick ini.
1.Sibukkan diri dengan perkara lain.
Pelajar yang tinggal di asrama kebiasaanya mempunyai aktiviti asrama sendiri,misalnya gotong-royong,kebudayaan,usrah bagi yang beragama islam dan pelbagai lagi.Hal ini membantu pelajar melibatkan diri dalam aktiviti komunikasi,seterusnya dapat membina kenalan baru dan mengeratkan silaturahim sesama penghuni asrama.Selain daripada contoh aktiviti yang dinyatakan,pelajar juga boleh menyususn jadual sama ada harian atau mingguan bagi memastikan masa yang lapang dapat digunakan dan dimanfaatkan sebaiknya.Sebagai contoh,ketika waktu senggang,pelajar boleh mengambil peluang untuk menyiapkan kerja sekolah,kemas dan susun pakaian di almari (locker) pelajar.Membaca buku atau menelaah pelajaran untuk kelas seterusnya juga dapat membantu pelajar lebih focus ketika dalam kelas kelak.Pada hujung minggu,sekiranya tiada kelas tambahan ataupun kerja sekolah sudah disiapkan,pelajar juga boleh membasuh baju,telekung bagi pelajar muslimah,cadar,sarung bantal,selimut dan pelbagai lagi.Dengan memenuhkan aktiviti harian,pelajar dapat mengalihkan perhatian daripada terus mengingati Susana selesa ataupun ‘comfort zone’ yang lalu,serta dapat membantu pelajar keluar dari kepompong kesedihan dan kemurungan.
2.Berkenalan dengan kawan baharu
Sebagai pelajar yang baharu masuk ke asrama,semestinya kita belum mempunyai ramai kawan ketika itu.Tambahan lagi dengan rasa rindu dan keseorangan setelah berpisah dengan keluarga,hal ini justeru menambahkan lagi rasa sedih dan give up dalam diri sesetengah pelajar.Tinggal di asrama sebenarnya merupakan satu peluang untuk kita belajar berdikari dan mendapat lebih ramai kawan.Tambahan lagi,setelah lama tinggal di asrama,kita akan rasa seperti sebuah keluarga dengan rakan-rakan yang lain.Apabila kita dapat mencipta kenalan baharu,ia membantu kita untuk lebih bersemangat dan yakin untuk bergerak serta melakukan aktiviti bersama-sama.Dengan adanya kawan,kita juga boleh meminta bantuan mereka sama ada untuk teman kemana-mana,tolong kejutkan sekiranya kita terlewat dan sebagainya.Sekurang-kurangnya,tidaklah kita akan rasa keseorangan dan kesepian apabila kita ada kawan.Hal ini juga boleh mengalihkan rasa homesick kita kepada perkara yang lebih bermanfaat yang boleh dilakukan bersama kawan-kawan.
3.Belajar menyesuaikan diri dengan suasana baharu
Bertepatan dengan peribahasa masuk kandang kambing mengembek masuk kandang kerbau menguak,pelajur seharusnya belajar untuk menyesuaikan diri dengan suasana baharu di tempat baharu.Peraturan yang ditetapkan perlulah dituruti oleh semua pelajar,sama ada senior mahupun junior.Dalam konteks ini,misalnya peraturan pelajar perlu keluar asrama pada pukul 7.00 pagi,maka sebelum 6.50 pelajar seharusnya sudah keluar dari pintu asrama.Hal ini bagi mengelakkan pelajar terlewat dan didenda oleh pengawas.Untuk yang tidak biasa dengan suasana asrama di mana untuk mandi kadangnya perlu beratur menunggu giliran,dengan suhu air yang sejuk,tidak seperti kebiasaan di rumah yang menggunakan pemanas air,pelajar boleh memasang alarm atau boleh meminta bantuan kawan sebilik untuk mengejutkan.Memang pada awalnya akan janggal di mana semua yang kita buat perlu selaras dengan peraturan dan waktu yang ditetapkan.Sebagai contoh lain,kalau di rumah kita boleh menikmati makan malam pada bila-bila masa sahaja,namun di asrama sudah ditetapkan waktunya untuk makan malam,sarapan,makan tengah hari,minum petang dan minum malam.Akan tetapi,lama kelamaan kita akan terbiasa dan boleh menjalani hari-hari seterusnya dengan tenang dan lancar serta dapat menyusun masa kita dengan lebih sistematik dan produktif.
4.Mendekatkan diri dengan Tuhan
Sebagai seorang insan yang taat kepada agama,sudah semestinya pelajar akan menunaikan tuntutan agamanya dan sedaya upaya meninggalkan larangannya.Akan tetapi,ibadah bukanlah terhenti sekadar menunaikan kewajipan,malah kita sebagai muslim khususnya dituntut untuk melakukan kebaikan dan ibadah-ibadah sunat untuk mendekatkan diri kepada tuhan disamping meningkatkan keimanan.Kepercayaan dan keimanan yang teguh akan membantu pelajar membina jati diri yang berani dan tidak mudah patah semangat.Dengan hal itulah kita boleh mengurangkan rasa homesick ini apabila kita rasa tidak keseorangan dan yakin tuhan bersama kita.Kita juga boleh menyertai aktiviti kerohanian yang dijalankan diasrama.Contohnya,bacaan mathurat dan surah Al-waqiah pada waktu petang dan surah Al-mulk pada waktu malam,setiap hari.Aktiviti ini dapat membantu pelajar muslim khususnya membina pendinding diri di samping dapat menerapkan budaya melazimkan Al-quran dan zikir dalam aktiviti kehidupan harian.
Sekian sahaja perkongsian saya kali ini,Diharapkan tips-tips tersebut serba sedikit dapat membantu dan merungkaikan persoalan bagaimana cara untuk mengatasi homesick ini.
Comments
Post a Comment