Aku dan kucing
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t semua..
Diharapkan semuanya dalam keadaan yang sihat dan bahagia sentiasa.
Jadi hari ini min akan berkongsi tentang kucing.Hari ini tajuk kita santai-santai sahaja.
Ya,haiwan berbulu tu,yang kalau dicakarnya kita,habislah berdarah dan luka.
Sebenarnya min bukanlah seorang pecinta kucing.Dulu min juga takut dekat kucing.Takut kucing-kucing tu nanti cakar kita.Lagi-lagi bila jumpa kucing yang garang.Orang nak dekat pun dia marah.Lagilah kita takut.
Min ada pengalaman dengan kucing yang menjadikan min daripada insan yang takut dengan kucing kepada seorang yang pantang kalau nampak kucing.Tapi min bukanlah pecinta kucing.Kalau pecinta kucing ni dia punya kasih sayang dekat kucing tu memang min tabik.Diorang ni bukan saja sanggup berhabis ribu-riban untuk kucing,tapi diorang tak kira kucing apapun,diorang tak memilih untuk jaga dan beri perhatian juga kasih sayang,walaupun kucing tu berkurap.
Pengalaman min tu berlaku sekitar min dalam umur 7 atau 8 tahun,macam tulah.Kan min cakap dulu min takut kucing kan,nak dijadikan cerita,satu hari min pergi rumah saudara min,adalah seekor kucing tu.Kucing tu bulu dia warna putih.Min perhati je dia main bawah kerusi berdekatan min waktu tu.Bila orang nak sentuh dia,bukan main garang dia.Kita pun tengok sajalah dia.Tak tahu macam mana,lama-lama min jadi tertarik dengan kucing putih tu.Tapi ittulah,kalau orang nak belai dia,mulalah dia nak cakar dan gigit orang.Min beranikan diri nak pegang kucing tu.Alhamdulillah,walaupun balik rumah dengan kesan cakaran,tapi daripada kejadia tu,min jadi berani dengan spesies makhluk berbulu itu.Maafkan min,min tak dapat cerita lebih terperinci,macam mana min pegang dia waktu tu,dan apa berlaku selanjutnya,samada kucing tu tiba-tiba jadi dengar kata atau sama saja garangnya.Min pun ingat-ingat lupa.Mesej min sebenarnya bukanlah nak bercerita pengalaman min dengan kucing saja-saja,cuma min nak sampaikan untuk kita berkasih sayang dengan haiwan terutamanya jenis haiwan peliharaan.Walaupun kucing tu garang,jangan pula kita benci dia,nak pukul dia.Tak boleh macam tu,kucing juga makhluk Allah.
Baik.Lepas dari kejadian tadi,tak tahu macam mana,min jadi makin suka dengan kucing.Apa-apa cari kucing.Balik sekolah cari kucing,nak tidur cari kucing,bangun tidur pun cari kucing.Kucing jugalah teman min bermain dan tempat min luahkan perasaan.Ibu min ada juga tegur min,sebab min suka bawak kucing tidur dengan min,selimutkan sekali.Sebenarnya perkara tersebut kurang elok.Boleh sahaja kita letakkan kucing di tempat lain,tempat yang kucing tu selesa.Ada beberapa sebab kenapa ibu min tegur min bila buat perkara-perkara tadi.Antaranya ialah nanti bulu kucing tu masuk dalam hidung ataupun mulut kita.Nanti tak pasal-pasal kena asma.Bulu kucing min pula jenis yang banyak gugur.Lagilah ibu min pantang kalau min nak peluk ke,atau cium kucing min tu.Faktor lain ibu min tak suka min tidur dengan kucing sebab kucing min ni bukanlah jenis indoor cat,atau kucing yang memang duduk dalam rumah je,makan,buang air semua dalam rumah je.Kucing-kucing min ni jenis kucing kampung,atau macam kucing-kucing biasa yang kita jumpa dekat tepi jalan.Kebanyakkannya kucing-kucing yang ada dekat rumah semua tu kucing datang,atau orang letak.Keluarga min bukanlah pecinta kucing.Tapi disebabkan banyak kucing bersilih ganti datang rumah kami,benda tersebut jadikan kami makin sayang dengan makhluk bernama kucing ni.Berbalik pada sebab tadi,sebebnarnya untuk jaga kebersihan.Tempat kita tidur mestilah kena bersih dan kemas.Nanti kalau kita bawak naik kucing atas katil,kan dah kotor.Kucing tu pulak baru lepas dari luar rumah.Sah-sah lah kotor.Dengan bulu-bulu yang gugur lagi,ada sesetengah orang dia alah dengan bulu kucing.
Kita sambnng cerita seterusnya,walaupun ibu min selalu tegur min untuk jangan manjakan sangat kucing-kucing tu,sebab nanti kucing-kucing tu naik lemak,mula lah buat hal.Ada yang panjat mejalah,ambil ikan,maafkan min dan berak kecing merata-rata.Tapi min tetaplah min.Waktu tu masih budak kecik,apalah yang kita faham sangat,yang penting seronok.Min tetaplah main,peluk dan tidur dengan kucing-kucing min.Sampailah min dah besar,min dah ikut cakap ibu min.Setiap petang kena keluarkan kucing,walaupun kadang-kadang min bawak masuk balik bila dah malam.Tapi min dah tak tidur dengan kucing-kucing dah.Bila dah besar,min pun sedar,bahaya bulu kucing tu,kebersihan kucing tu jugak.Walaupun min tiada asma atau alahan dengan bulu kucing,tapi kenalah beringat,kalau tak nanti dah terhantuk baru terngadah.Dalam adik-beradik min,ada saja yang takut dengan kucing macam min dulu-dulu.Adik-adik min dulu dia orang takut dengan kucing juga.Lama-lama bila dah biasa,dia orang pun main juga dengan kucing-kucing tu.
Sampailah sekarang,min dah tak takut dengan kucing.Sebenarnya kucing haiwan yang jinak,sebab tu dia dalam kategori haiwan peliharaan.Min kesian juga dekat kucing-kucing jalanan yang sesetengahnya berpenyakit,ada luka,kadang ada yang tak boleh jalan,mengesot kucing tu.Semoga kucing-kucing di luar sana sentiasa dipertemukan dengan orang yang baik-baik,yang selalu bagi kucing-kucing makan,dan dijauhkan dari orang-orang yang berniat jahat.Sebagai manusia,kita mestilah hormat juga dengan makhluk lain,termasuklah haiwan.Walaupun kita tahu yang mereka tidak mempunyai akal,tetapi mereka mempunyai perasaan.Berbuat baiklah sesama makhluk,termasuklah kucing.
Sekian sahaja cerita min untuk kali ini.Min mohon ampun sekiranya terdapat kasar bahasa dan silap bicara.Terima kasih semua.
Comments
Post a Comment