Amalan cina buta
عَنْ عَبْدِ اللهِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ
قَالَ: لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ ص الْمُحَلّلَ وَ الْمُحَلَّلَ لَهُ. الترمذى و قال
هذا حديث حسن صحيح
Dari ‘Abdullah bin Mas’ud,dia
berkata, “ Rasulullah melaknat muhallil (yang menghalalkan) dan muhallalah (
orang yang dihalalkannya).Berdasarkan hadis tersebut,jelaslah bahawa Islam
menegah amalan cina buta atau nikah tahlil yang mana para pelaku dalam
perkahwinan tersebut mendapat laknat Nabi Muhammad S.A.W.Pejabat mufti Wilayah
Persekutuan juga sudah menjelaskan tentang amalan nikah tahlil ini dimana
pernikahan tersebut adalah tidak sempurna dan tidak sah dan ia merupakan nikah
fasid atau nikah batil.
Dalam konteks perkahwinan dan rumah
tangga,mahligai yang dibina mestilah bertujuan mencapai mawaddah wa rahmah
disamping meraih redha dan rahmat Allah.Untuk menggapai hal sedemikian,setiap
pasangan suami dan isteri mestilah memainkan peranan untuk memastikan masjid
yang dibina berlandaskan dan bertepatan dengan syariat agama,di mana rukun dan
syarat nikah dituruti.Dalam nikah tahlil ini,ia menjadi perkahwinan yang rosak
dan tidak mengikut syariat agama dimana ia meletakkan syarat dan tujuan,di mana
suami akan menceraikan isterinya agar isteri tersebut dapat kembali kepada
bekas suaminya yang terdahulu.Perkahwinan ini juga melibatkan tempoh waktu di
mana pasangan tersebut menetapkan jangka waktu perkahwinan mereka dan bila
isteri akan diceraikan.
Sebagai umat Islam yang tahu dan
faham syariat agama,kita seharusnya mengambil berat akan hal ini,kerana perkara
ini banyak berlaku dalam kalangan umat manusia pada hari ini,dimana bekas suami
meminta lelaki lain untuk mengahwini bekas isterinya,kemudian menceraikan
isteri tersebut setelah berlaku persetubuhan antara lelaki tersebut dan bekas
isterinya tadi.Berdasarkan situasi tersebut,dapat kita lihat lelaki yang akan
menghawini bekas isteri orang lain adalah sebagai helah dan jalan untuk bekas
isteri tersebut dapat kembali kepada bekas suaminya yang terdahulu.Atau dalam
erti kata lain,mempergunakan lelaki tersebut agar bekas pasangan tersebut dapat
kembali bersatu.Siapapun tidak mahu perkahwian yang dibina hanyalah untuk
menepati sebuah syarat atau sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu.Para suami
seharusnya bijak mengawal emosi dan memikirkan semasak-masaknya sebelum
memutuskan sesuatu keputusan.Itulah kata pepatah,terlajak perahu boleh
diundur,terlajak kata badan binasa.Talak tiga yang dilafazakan tidak mampu
mengembalikan mahligai yang dibina meskipun suami melafazkan talak tersebut
tanpa niat,melainkan dengan kaedah selepas bekas isterinya berkahwin
lain,digauli,dan diceraikan oleh suami kedua,shinggalah habis iddahnya,barulah
isteri tersebut dapat kembali kepada bekas suaminya yang terdahulu.
Sekiranya sesuatu pernikahan
berakhir dengan perceraian,dan dengan perceraian tersebut si isteri dapat
kembali kepada bekas suaminya,maka pernikahan tersebut masih sah,selagimana
pernikahan dengan suami kedua itu tidak berniat dan mengadungi tujuan seperti
nikah tahlil.Sepertimana dalam mazahab syafie,apabila seorang lelaki mengahwini
perempuan yang ditalak tiga dengan maksud untuk menghalalkan kembali nikah
dengan suami pertama, nikahnya sah dengan syarat tidak disyaratkan untuk
menghalalkan sewaktu akad berlangsung dan suami kedua dapat merasakan nikmat
persetubuhan.Perkara ini bertepatan dengan sabdaan baginda S.A.W,
أنَّ امْرَأَةَ
رِفَاعَةَ الْقُرَظِيِّ جَاءَتْ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ رِفَاعَةَ طَلَّقَنِي فَبَتَّ
طَلَاقِي، وَإِنِّي نَكَحْتُ بَعْدَهُ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ الزَّبِيرِ
الْقُرَظِيَّ، وَإِنَّمَا مَعَهُ مِثْلُ الْهُدْبَةِ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (لَعَلَّكِ تُرِيدِينَ أَنْ تَرْجِعِي إِلَى
رِفَاعَةَ؟ لَا، حَتَّى يَذُوقَ عُسَيْلَتَكِ وَتَذُوقِي عُسَيْلَتَهُ
Maksudnya: Isteri Rifa‘ah al-Qurazi
datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya
Rifa‘ah menjatuhkan talak kepadaku dengan talak tiga. Kemudian, aku bernikah
dengan ‘Abd al-Rahman bin al-Zabir al-Qurazi selepasnya, tetapi bersamanya (kemaluan)
seperti hujung kain.” Rasulullah SAW bersabda: “Kemungkinan engkau ingin
kembali kepada Rifa‘ah? Tidak boleh, sehingga beliau (‘Abd al-Rahman bin
al-Zabir) merasai madumu dan engkau merasai madunya (iaitu setelah mereka
berdua bersetubuh).”.Maka dari hadis tersebut dapat kita ketahui bahawa madu
atau kenikmatan semasa bersetubuh dengan pasangan adalah penting,sebagai salah
satu syarat ketika nanti isteri tersebut hendak kembali kepada bekas
suaminya.Jelaslah pernikahan tersebut akan membawa kepada erti perkahwinan yang
sebenar,bukan hanya sekadar melaksanakan tanpa kerelaan.Hal ini menguatkan lagi
untuk menjalani perkhawinan tersebut dengan penuh rasa tanggungjawab dan
ikhlas.
Rumusannya,bekas pasangan suami isteri
yang bercerai talak tiga ataupun kali yang ketiga,mereka masih boleh kembali
bersatu,dengan kaedah dan syarat yang telah ditetapkan oleh syariat.Islam masih
memberi peluang untuk bekas pasangan tersebut kembali bersama,akan tetapi
janganlah kita memandang enteng syarat dan hukum-hukum yang ditetapkan dalam
agama dalam memenuhi proses bekas pasangan yang mahu kembali bersama.Allah
telah merakamkan dalam surah Al-baqarah yang berbunyi :
فَإِن طَلَّقَهَا فَلَا تَحِلُّ لَهُ مِن بَعْدُ حَتَّىٰ تَنكِحَ زَوْجًا غَيْرَهُ ۗ فَإِن طَلَّقَهَا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَن يَتَرَاجَعَا إِن ظَنَّا أَن يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ ۗ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ يُبَيِّنُهَا لِقَوْمٍ يَعْلَمُون 230)(
Ertinya: “Kemudian Jika si suami
mentalaknya (sesudah talak yang kedua), Maka perempuan itu tidak lagi halal
baginya hingga dia berkahwin dengan suami yang lain. kemudian jika suami yang
lain itu menceraikannya, Maka tidak ada dosa bagi keduanya (bekas suami pertama
dan isteri) untuk berkahwin kembali jika keduanya berpendapat akan dapat
menjalankan hukum-hukum Allah. Itulah hukum-hukum Allah,diterangkan-Nya kepada
kaum yang (mahu) mengetahui.”.Benarlah,Islam itu mudah dan memudahkan,tidak
sulit dan tidak menyulitkan.Akan tetapi,jangan kita ambil mudah setiap hukum
dan syariat Islam dengan hanya mengambil yang mudah dan mengabaikan
perkara-perkara yang rumit baginya.
Comments
Post a Comment