Kelebihan membeli-belah secara atas talian
Kemudahan teknologi mendorong masyarakat untuk membeli belah secara atas talian.Sama ada pakaian,makanan mahupun aksesori,dan banyak lagi item-item yang ditawarkan dan boleh didapati di platform perniagaan atas talian.Antara platform yang menawarkan perniagaan secara atas talian ialah Lazada,Shoppee,Amazon,Ebay,Grab.Foodpanda dan bermacam-macam lagi.Membeli-belah secara atas talian sememangnya memudahkan pengguna dan dapat memberikan pelbagai kelebihan kepada pembeli.Dengan situasi dunia yang dilanda wabak Covid-19 menjadikan platform perniagaan atas talian adalah cara yang efektif bagi mengelakkan penularan wabak tersebut.Pada tempoh tersebut,boleh dikatakan 70% urusniaga yang dijalankan adalah secara atas talian.Hal ini rentetan pada ketika itu rakyat tidak dibenarkan keluar rumah dan premis-premis perniagaan terpaksa ditutup untuk sementara waktu bagi mengekang penularan wabak Covid-19 tersebut.Bermula dari sinilah,masyarakat mula untuk belajar menjalankan dan berurus niaga secara atas talian.Sehingga kini,peratus masyarakat dunia yang membeli-belah secara atas talian semakin meningkat dari hari ke hari.
Antara kelebihan berbelanja secara atas talian adalah pilihan yang ditawarkan lebih banyak berbanding secara fizikal.Pengguna boleh mencari item yang bersesuaian dengan pilihan kedai yang pelbagai.Dari sini,penguuna dapat membandingkan kualiti item yang sama,tetapi ditawarkan oleh peniaga yang berbeza-beza.Perniagaan yang ditawarkan secara atas talian juga melibatkan peniaga daripada seluruh pelosok negara dan juga peniaga dari negara-negara luar.Hal ini meningkatkan lagi kuasa pemilihan barang oleh pembeli.Berbeza dengan perniagaan yang dijalankan secara fizikal,pilihan dalam satu-satu kedai adalah terhad dan sesetengahnya tidak menepati citarasa pengguna.Justeru perniagaan secara atas talian merangkaikan lebih banyak kedai yang boleh diteroka dalam satu masa yang sama.Pembeli juga boleh menilai kualiti barang yang ditawarkan melaui maklum balas pembeli terdahulu.Dengan bantuan maklum balas tersebut,pembeli dapat menilai prestasi peniaga samada boleh dipercayai atau sebaliknya.
Seterusnya,pembeli juga boleh membandingkan harga yang ditawarkan antara peniaga-peniaga.Perniagaan secara atas talian sememangnya membantu pembeli membuat perbandingan harga item sebelum membuat keputusan untuk membeli item tersebut.Dengan rangkaian perniagaan yang luas,pengguna boleh mencari dan mendapatkan barangan pada harga yang murah dan boleh dipercayai.Misalnya,peniaga beg di Perak menawarkan harga untuk sebuah beg bagasi pada harga RM 150,manakala pemborong beg di Johor menawarkan harga untuk sebuah beg bagasi pada harga RM 120.Dari situasi ini,dapat kita lihat dan membuat perbandingan harga untuk kita membeli pada harga yang berpatutan dan bersesuaian dengan bajet kita sebagai pembeli.Pembeli juga boleh mendapatkan cadangan barangan yang ingin dibeli pada harga yang berpatutan dengan meletakkan fitur tapisan (filter) pada ruang yang disediakan.Sistem aplikasi tersebut akan membawa pengguna kepada kedai dan item yang bertetpatan dan berkenaan dengan tapisan yang pengguna letakkan.Sebagai pengguna yang berhemah,membuat perbandingan harga amatlah penting untuk mengelakkan penipuan dan kerugian pada pihak pembeli,kerana pengguna boleh mendapatkan item pada harga yang murah dan kualiti yang bagus,berbanding terpaksa membayar harga yang mahal untuk item yang tidak berkualiti dan tidak dipercayai.
Di samping itu,perniagaan secara fizikal juga lebih menjimatkan masa berbanding hadir secara fizikal ke kedai.Untuk hadir secara fizikal ke premis perniagaan,pembeli perlu bersiap terlebih dahulu,seterusnya bergerak dari rumah menuju ke premis perniagaan,dan perkara tersebut belum mengambil kira dengan kesesakan lalu lintas dan tempat letak kenderaan yang terhad yang akan mengakibatkan pembeli tiba lewat dari waktu yang dijangkakan.Dengan adanya pembelian secara atas talian,ia sememangnya memudahkan pembeli untuk mendapatkan barangan secara atas talian,tampa perlu menghadapi halangan dan cabaran yang dinyatakan sebentar tadi.Hal ini juga dapat menjimatkan masa pembeli di mana pembeli hanya perlu mencari item yang ingin dibeli dan melakukan pembayaran secara atas talian sahaja.Perkara ini sesungguhnya membantu dalam mengekang dan mencegah penularan wabak Covid-19,dalam masa yang sama urusniaga dan operasi perniagaan dapat berjalan dengan lancar.
Kesimpulannya.berbelanja secara atas talian amatlah memudahkan pembeli.Akan tetapi,sebagai pembeli yang berhemah,kita perlulah membuat penelitian dan perbandingan terhadap sesuatu barang yang ingin dibeli bagi mengelakkan berlaku penipuan dan penindasan.Kita juga perlu berbelanja secara berhemah dan berjimat cermat.Elakkan membeli barangan yang tidak diperlukan dan tidak membawa manfaat.Sebagai pembeli kita juga perlu membeli barangan yang berkualiti dan menepati syarat-syarat barang dagangan,misalnya membeli makanan yang masih lambat tarkikh tamat tempohnya.Pokok pangkalnya,buatlah penelitian dan kajian yang mendalam mengenai barangan dan produk yang ingin dibeli,agar barang tersebut sesuai dengan keadaan fizikal kita dan tidak membebankan untuk membayarnya.Jadilah pengguna berhemah,jangan tertipu dengan sindiket jualan yang menawarkan barangan pada harga yang terlampau murah.
Comments
Post a Comment