Cara membuang sifat negatif dalam diri
Setiap insan pasti pernah berada di satu fasa dimana kita merasakan kita tidak baik,tidak layak untuk gembira,selalu merasakan hidup ini sulit dan sukar dan semacam lagi pemikiran yang negatif.Sehinggakan pada satu tahap,kita rasa hendak berputus asa dan mengalah.Bahkan sampai ada yang sanggup mencederakan diri sendiri kerana merasakan kehidupan mereka tiada gunanya dan tidak bererti lagi.Perkara ini seharusnya dipandang serius oleh semua pihak,kerana ramai umat manusia yang kehilangan moral dan nilai-nilai murni yang melakukan jenayah tanpa henti atas alasan mereka merasakan menjadi stu sisi buruk,jahat dan negatif dalam diri adalah lebih menyeronokkan.Banyak perkaara manfaat yang boleh kita lekukan untuk membuang perasaan dan pemikiran negatif dalam diri kita.Apatah lagi sebagai umat Islam,kita yakin bahawa kehidupan di dunia hanyalah sementara,manakala kehidupan di akhirat adalah kekal selamanya.Justeru itu,kita perlu faham akan tujuan kita hidup di atas muka bumi ini adalah untuk mengumpul bekal buat di akhirat kelak.Sebenarnya,siapapun perlulah faham tujuan hidupnya,agar mereka lebih fokus dengan matlamat yang ingin dicapai dan mengurangkan aktiviti-aktiviti tidak bermoral dan bersikap negatif.
Antara cara untuk menyingkirkan rasa dan perasaan negatif dalam diri,kita boleh memperbanyakkan video-video motivasi atau ceramah-ceramah yang memberi manfaat.Sebagai umat Islam,kita digallakn untuk menyelami tazkirah dan ceramah-ceramah sebagai peringatan kepada kita.Peringatan itu termasuklah mengenai rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita hamba-Nya,juga peringatan mengenai janji-janji Allah terhadap hamba-nya yang berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.Dengan memahahi hakikat kehidupan yang sementara dan kehidupan abadi di akhirat kelak,kita akan lebih fokus untuk meraih redha,rahmta dan syurga Allah dan tidak memikirkan perkara-perkara buruk yang pastinya kita tidak tahu kemenjadiannya pada masa mendatang.Kita boleh mendapatkan pelbagai video motivasi yang membantu meningkatkan keyakina diri dan cara menghargai dan menyayangi diri sendiri,atau istilahnya self love.Hal-hal tersebut akan membantu kita leboh bersemangat untuk terus menjalani kehidupan dengan tenang,positif dan gembira.
Seterusnya,untuk menghindarkan perasaan dan pemikiran serta tanggapan yang negatif,kita perlu menukarkan perkara-perkara negatif tersebut kepada perkara yang positif dan indah.Jangan singkatkan pemikiran kita dengan perkara-perkara dan andaian kita dengan sesuatu yang negatif,yang sebenarnya perkara terebut belum pasti jadi lagi.Sentiasa bersangka baik dengan takdir Allah.Sentiasalah memikirkan dan mencari hikmah di atas setiap perkara ynag berlaku,bukan cuma menyalahkan keadaan dan takdir.Kita juga boleh meononton video-video berunsunr ketenangan,misalnya menonton video-video alam sekitar yang semulajadi indah dan mendamaikan.Perkara tersebut juga merupakan inisiatif bagi melapangkan dan menenangkan fikiran.Selain menonton video,kita juga boleh mengambil percutian singkat untuk menenangkan fikiran,misalnya bercuti ke pulau dan pantai.Meskipun tempat-tempat tersebut dikujungi ramai orang,akan tetapi ia merupakan terapi kepada sesetengah insan lain.Pulangnya dari percutian tersebut,kita akan dapati diri kita lebih segar dan bersemangat.
Di samping itu,kita juga perlulah menghargai dan menyayangi diri kita sendiri.Hargai setiap usaha yang telah kita lakukan dalam mencapai sesuatu impian dan cita-cita.Meskipun kita belum berjaya meraih impian tersebit,setidaknya kita berusaha dan mendapat pengalaman dan pengetahuan untuk terus membaiki diri dan menigkatkan prestasi usaha kita.Tiadalah gunanya kalau kita sibuk mengejar kejayaaan dan kekayaan,akan tetapi kita tidak dapat merasakan keindahan,kenikmata dan ketenangan daripada kejayaan kita tersebut.Lebih-lebih lagi,mencintai diri atau self-love ini akan memberi manfaat kepada tubuh badan kita dimana kita akan berhenti mengambil atau menggunakan sesuatu yang akan memberi mudarat kepada diri kita,kerana kita faham dan tahu bahawa perkara tersebut tiada faedah bagi diri kita.Perkara ini juga melibatkan emosi dan perasaan dimana kita akan lebih cenderung untuk mengutamakan dan menjaga hati dan perasaan kita terkebih dahulu berbanding menjaga hati dan perasaan orang lain.Hal ini bagi memastikan emosi kita sentiasa terhindar daripada perasaan yang sedih,kecewa,negatif,murung dan seangkatan dengannya lagi.Daripada hal tersebut jugalah kita akan banyak menghargai diri kita yang banyak berusaha sehinggan mencapai ketahap dimana kita berada sekarang.
Kesimpulannya,setiap individu dan masyarakat mestilah mengambil inisiatif dan berusaha dalam menangani pemikiran dan perilaku yang negatif dalam diri masing-masing.Pemikiran dan perilaku yang negtif boleh mengundang kepada sakit dan aktiviti jenayah.Hargailah diri kita sendiri untuk setiap pengorbanan yang telah dilakukan.Tidak semua insan akan faham dengan situasi dan keadaan kita,jadi diri kitalah yang seharusnya faham akan dirinya sendiri terlebih dahulu.Kita akan lebih gembira dalam menjalani kehidupan seharian apabila kita tahu meghargai diri kita.Kita tidak akan mudah membiarkan diri kita dijatuhkan dan diremehkan oleh orang lain.Sayangilah diri kita sendiri agar kita tahu nilai diri kiat dan berusaha untuk mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara tidak bermoral yang menjatuhkan maruah kita,lebih-lebih lagi kita sebagai umat Islam yang percaya kepada rukun iman dan rukun islam.Kita yakin bahawa setiap yang berlaku adalah mengikut ketetapan Allah dan pasti ada hikmah disebaliknya.Kita juga percaya kehidupan di akhirat yang mana setiap perbuatan kita akan dipersoalnkan dan akan dihisab.
Comments
Post a Comment