Kebaikan Membaca Dalam Kehidupan Harian
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t semua,
Apa khabar semua?,semoga sihat-sihat sahaja hendaknya.π
Untuk entry kali ini,min nak berkongsi serba sedikit tentang hobi min,iaitu membaca,dan beberapa manfaat dan kebaikan yang boleh kita peroleh daripada hobi tersebut.
Normal bagi setiap insan mempunyai perkara yang mereka suka dan kerap lakukannya.Tidak kira sama ada hobi itu adalah hobi yang santai mahupun ekstrem dan mencabar.Antara contoh hobi yang santai adalah membaca,mengumpul setem,menulis dan pelbagai lagi hobi yang santai dimana kita tidak memerlukan gerakan aktiviti yang lasak.Manakala antara contoh hobi yang ekstrem ialah mendaki gunung,memasak,menyelam dan banyak lagi aktiviti-aktiviti ekstrrem lain di mana melibatkan banyak pergerakan dan lasak.Hobi ini umumnya berdasarkan minat seseorang dan kecenderungannya pada satu-satu perkara yang baginya menarik dan seronok untuk dilakukan walaupun berkali-kali.
Baik,kita pergi kepada hobi membaca,yang mana aktiviti ini tidak memerlukan aktiviti yang lasak dan hanya melibatkan beberapa anggota badan yang perlu fokus ketika melakukan aktiviti membaca ini.Ketika membaca,anggota yang terlibat ialah mata untuk melihat isi kandungan buku dan otak untuk memproses maklumat yang dibaca,selain tangan untuk menampung buku tersebut.Hal ini menegaskan bahawa membaca bukanlah satu aktiviti yang ekstrem,tetapi ianya santai.Hobi membaca ini juga bukanlah khusus kepada satu-satu genre atau jenis pembacaan sahaja,misalnya jenis pembacaan novel,buku cerita,surat khabar atau genre sedih,gembira,romantik dan sebagainya lagi.Perkara tersebut bergantung kepada kecenderungan seseorang sama ada suka akan genre yang bagaimana dan jenis pembacaan yang bagaimana.
Mungkin ada yang menganggap membaca adalah hobi yang klise,tapi sebenarnya kita melakukan aktiviti membaca setiap masa,dari saat ke saat,hari ke hari,cuma sama ada kita membaca dengan minat dan penghayatan mahupun dengan eksperesi biasa sahaja.
1.Membaca dapat menambah pengetahuan
Bertepatan dengan mutiara kata 'membaca jambatan ilmu',maka aktiviti membaca sebenarnya dapat membawa kita kepada satu pengetahuan baharu yang belum pernah kita jumpa dan dengari sebelum ini.Sebenarnya membaca ini amatlah seronok,kita dapat menimba pengetahuan baharu yang akan menggerakkan minda kita untuk berfikir,berfikir dan terus berfikir.Kita juga dapat membaiki gaya dan susunan ayat percakapan harian kita melalui gaya susunan ayat dan gaya penyampaian yang diterapkan dalam bahan bacaan.Pastinya kita juga dapat menambah kosa kata baharu.Sebenarnya banyak perkataan yang kita belum tahu maksudnya,apatah lagi perkataan dari zaman-zaman klasik terdahulu.
2.Membuka minda masyarakat
Selain itu,amalan membaca juga dapat membuka minda masyarakat.Banyak bahan pembacaan samada secara fizikal mahupun digital yang boleh diakses pada hari ini,memberi banyak pendedahan kepada pembaca dan masyarakat.Kita seharusnya menerapkan amalan membaca dalam diri setiap masyarakat bagi mengelakkan salah faham dan kecelaruan informasi.Membaca juga menggalakan pemikiran yang kritis dalam menilai dan menyelesaikan sesuatu masalah.Banyak perkara yang pastinya kita belum menemuinya dan dengan membaca serba sedikit kita dapat mengetahui perkara-perkara yang telah dan sedang berlaku,termasuklah isu semasa yang berlaku.Bukan hanya individu,malah pembentukan masyarakat yang berpendidikan dan berintelektual juga salah satunya daripada amalan membaca.
3.Membina generasi bertamadun dan berpengetahuan
Untuk melahirkan generasi yang bijak pandai,yang tidak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara tidak berfaedah,kita mesti pupuk sikap dan amalan membaca dalam diri mereka.Hal ini bagi bertujuan memberi kesedaran tentang kepentingan ilmu dan sahsiah diri.Dengan memiliki ilmu dan pengetahuan yang banyak dan mendalam,pastinya mereka akan mengelakkan diri dari melakukan perbuatan tidak moral yang seterusnya hanya memburukkan nama diri dan keluraga,di samping membazirkan masa dengan perkara yang tidak mendatangkan manfaat langsung.Amalan membaca juga seterusnya akan membawa kepada generasi yang berpendidikan dan boleh diharap untuk mengemudi kerajaan kelak.
Sebagai konklusi,aktiviti membaca memberi pelbagai manfaat kepada masyarakat.Masyarakat juga seharusnya menerapkan budaya membaca dalma kehidupan seharian dan mengamalkannya dimana jua dan pada bilabila masa sahaja.Membaca juga salah satu hobi yang bermanfaat dan membuka minda para pembaca untuk menggali ilmu dengan semakin dalam lagi.Ilmu yang diperoleh adalah satu harta bernilai yang tidak akan lapuk dek hujan,tak lekang dek panas.Kita juga perlu menimba ilmu walaupun pada hemat kita ilmu tersebut tiada pakainya,tetapi ilmu-ilmu yang kita pelajari sebenarnya membawa kita kepada masa depan yang lebih cerah dan terjamin.
Comments
Post a Comment