Keburukan berbelanja secara atas talian.
Bismillahirrahmanirrahim
Perkembangan teknologi dari zaman ke zaman membawa manusia kepada kehidupan yang lebih moden dan canggih seiring dengan perkembanganny.Banyak sektor dan industri dapat berkembang dengan pelbagai kemudahan teknologi yang canggih dan futuristik.Teknologi juga membantu pelbagai sektor untuuk memasarkan industri mereka seterusnya menjana pendapatan dan keuntungan secara atas talian.Antara sektor yang termasuk adalah industri perniagaan.Samada perniagaan tersebut berasaskan barang yang berbentuk bahan mentah,pakaian,makanan mahupun aksesori rumah dan kelengkapan harian.Di sebalik kemudahan teknologi dan internet yang membantu pengguna untuk membeli dan mendapatkan barangan tanpa perlu hadir ke premis secara fizikal,berbelanja secara atas talian juga berpotensi untuk memberi kesan buruk dan bahaya kepada pengguna.
Antara keburukan berbelanja secara atas talian adalah potensi untuk pengguna dan peniaga ditipu adalah tinggi,berbanding perniagaan yang dijalankan secara fizikal.Istilah yang biasa digunapakai bagi merujuk perbuatan menipu tersebut adalah scam.Scam ini adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan perniagaan atau skema penipuan yang mengambil wang atau barang kepunyaan orang lain.Kebanyakan mangsa penipuan adalah dari golongan wanita dan warga emas.Dalam situasi ini,peniaga biasanya menggunakan media sosial sebagai medium pemasaran perniagaan mereka.Apabila mereka sudah mendapat pelanggan yang berminat dengan barang dan perkhidmatan mereka,mereka cuba menarik lagi minat pelanggan tersebut untuk membeli lebih banyak barangan mereka dengan memberikan perlbagai promosi dan potongan harga,sehinggakan ada sesetngahnya diskaun yang diberikan tidak masuk akal.Selepas pembayaran dibuat oleh pelanggan kepada peniaga,disinilah peniaga mula mengambil tindakan dengan terus menghilangkan diri.Walaupun pelanggan telah membayar harga bagi barang yang dibeli,namun barang tersebut tidak sampai kepada pembeli kerana peniaga sebenarnya tidak menghantar barang yang dipesan pelanggan kepada pihak penghantaran.Lebih teruk lagi,sebenarnya barang yang dijual adalah tidak wujud.Peniaga hanya mengambil gambar dari sumber-sumber lain,lalu berpura-pura menjual barangan tersebut,yang pada hakikatnya peniaga tersebut tidak berniaga apa-apa.
Seterusnya,pembelian secara atas talian juga mempunyai keburukan di mana barang yang diterima oleh pembeli adalah tidak sama dengan yang diiklankan dan disiarkan oleh perniagaan.Hal ini banyak berlaku apabila pembeli membeli pakaian daripada luar negara.Corak dan warna yang dipaparkan di laman sesawang perniagaan mereka adalah berbeza dengan yang diterima oleh pelanggan.Peniaga sepatutnya memaklumkan sekiranya ada perubahan dari segi corak dan warna pada item dan stok yang ditawarkan bagi mengelakkan pembeli keliru dan berasa tertipu.Bukan sahaja warna dan corak yang berbeza,malah terdapat juga item yang dibeli di mana saiz yang diterima adalah tidak sama dengan ukuran yang sepatutnya.Lebih malang lagi apabila barang yang dipesan diterima dalam keadaan yang rosak,pecah dan tidak boleh digunakan lagi.Antara contoh barang yang perlu dikendalikan dengan cermat adalah barangan elektrik dan perabot.Peniaga sepatutnya memastikan keadaan barang pembeli dalam keadaan yang selamat dikendalikan dan letakkan pelekat fragile.
Di samping itu,proses pemulangan barang dan ganti rugi di atas pembelian secara atas talian adalah lebih sukar.Hal ini kerana ianya memerlukan untuk pembeli menghantar semula kepada peniaga dan peniaga perlu menghantar barang yang betul dan tepat.Pastinya perkara tersebut akan memakan masa yang lebih lama.Pembeli juga sukar untuk mendapatkan barang ganti rugi sekiranya barang yang dipesan sampai dalam keadaan rosak ataupun salah pesanan.Hal ini berlaku rentetan komunikasi antara peniaga dan pembeli yang terhad secara atas talian sahaja.Apatah lagi sekiranya urusniaga tersebut melibatkan penjual dan pembeli luar negara.Walaupun sesetengah syarikat atau perniagaan atas talian ada menyediakan jaminan,akan tetapi ia tetap melibatkan proses yang panjang dan rumit.
Kesimpulannya,sebagai pembeli yang bijak dan berhemah,kita perlulah memastikan barang yang dipesan adalah daripada kedai dan peniaga yang boleh dipercayai.Kita juga perlulah berhemah ketika berbelanja untuk mengelakkan pembaziran.Membuat perbandingan antara item dan kedai adalah perlu bagi memastikan harga yang ditawarkan adalah berpatutan di samping untuk mengelakkan menjadi mangsa penipuan.Jadilah pengguna berhemah yang sentiasa memikirkan kesan baik dan buruk terhadap sesuatu keputusan yang akan dibuat.Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli sesuatu barang.Elakkan membeli barangan yang tidak diperlukan dan tidak memberi manfaat kepada kita sebagai pengguna.
Comments
Post a Comment