Kekurangan pembelajaran secara atas talian

       Bagi mentaati perintah kerajaan di mana rakyat perlu duduk di rumah sepanjang perintah kawalan pergerakan dilaksanakan,banyak sektor dan industri yang tidak dapat beroperasi seperti biasa sebelum berlaku penularan wabak Covid-19.Antara sektor yang turut terlibat adalah sektor pendidikan.Kelas dan kuliah tetap berjalan tetapi hanya secara atas talian.Hal ini bagi mengekang wabak tersebut daripada terus menular sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran diteruskan dalam bentuk fizikal dan bersemuka.Akan tetapi,pembelajaran secara atas talian pastinya mempunyai cabaran dan halangan tersendiri yang dialui samada pihak guru mahupun pelajar.Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri apabila belajar secara atas talian.

       Antara kekurangan pembelajaran atas talian adalah masalah capaian internet.Hal ini biasanya berlaku kepada pelajar dan guru yang menetap di luar bandar.Kawasan penempatan mereka yang berada di ceruk desa menyukarkan capaian internet untuk sampai kepada mereka.Masalah capaian internet juga akan mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran,di mana dengan batas capaian internet yang terhad menyebabkan pelajar akan ketinggalan dan tercicir. Seringkali berlaku ketika kuliah atau kelas berlangsung secara tiba-tiba guru atau pelajar terkeluar daripada perbincangan, juga berlaku dimana ketika guru mengajar, pelajar tidak dapat melihat dan mendengar bahan kuliah yang dibentang dan ditayangkan. Masalah ini akan mempengaruhi kefahaman para pelajar.

     Seterusnya, pembelajaran secara atas talian juga berpotensi untuk menyebabkan berlakunya salah faham dan maklumat tidak sampai kepada penerima yang sepatutnya.Hal ini setersunya akan meningkatkan lagi isu keciciran pelajar.Tidak dapat dinafikana bahawa kuliah dan kelas yang berlangsung secara atas talian membataskan komunikasi antara guru dan murid. Sesetengah mesej yang disampaikan melalui susunan ayat akan memberikan pelbagai ekspresi dimana pembaca akan membaca mesej tersebut dengan nada sendiri, berbeza apabila mesej yang disampaikan adalah melalui lisan, maka pendengar dapat mengetahui nada dan emosi dalam mesej yang disampaikan secara langsung.

      Di samping itu,kekangan alat atau medium teknologi dan gajet yang digunakan semasa proses pembelajaran berlangsung juga merupakan satu keburukan pembelajaran secara atas talian.Kebanyakan pelajar dari golongan yang kurang berkemampuan atau B40,mereka tidak mempunyai kemudahan teknologi yang dapat digunakan untuk menghadiri kelas.Meskipun sesetengah daripada mereka mempunyai gajet,akan tetapi gajet tersebut perlu dikongsi dengan adik-beradik yang lain,rentetan kekurangan gajet dan keadaan mereka yang kurang berkemampuan untuk membeli kemudahan gajet yang lain.Dalam situasi tersebut,sudah pasti akan berlaku isu ketinggalan dan keciciran pelajar apabila murid sering tidak dapat hadir ke kelas dan komunikasi mereka dengan pihak sekolah akan menjadi lebih terbatas dan terhad.Hal ini lebih parah lagi bagi pelajar yang memang tiada langsung kemudahan teknologi yang dapat membantu murid tersebut untuk menghadiri kelas.Pastinya pendidikan pelajar tersebut akan terjejas dan menyumbang kepada peningkatan kadar murid yang tercicir.

       Sebagai konklusi,pembelajaran secara atas talian juga mempunyai kekurangan yang sesetengahnya tidak dapat dielakkan,misalnya masalah gangguan internet.Walaubagaimanapun,pelajar dan guru masing-masing hendaklah berusaha dan berikhtiar untuk memastikan pendidikan masyarakat terjamin.Para pelajar juga boleh menyuarakan permohonan bantuan kepada pihak berkenaan bagi mendapatkan sumbangan untuk membeli kelengkapan persekolahan dan kemudahan yang dapat membantu proses pembelajaran pelajar.Selain itu,pelajar juga boleh memohon bantuan peranti yang diberikan oleh pihak kerajaan,misalnya telefon pintar yes.Semua pihak haruslah berganding bahu dalam memastikan pendidikan anak muda terbela untuk menjamin masa depan mereka sebagai generasi mendatang yang akan mentadbir negara,di samping menerapkan ilmu dan pengetahuan di dalam jiwa dan sahsiah mereka agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir buruk.



Comments