Kelebihan belajar secara atas talian

     Dalam era dan fasa dunia yang dilanda wabak Covid-19,banyak sektor yang beroperasi secara atas talian bagi mengelakkan pertemuan bersemuka yang seterusnya mengalakkan penularan wabak tersebut.Antara sektor tersebut adalah sektor pendidikan.Pandemik ini telah mengekang pelajar dan guru daripada belajar secara fizikal dan bersemuka,seperti kebiasaan.Sesi pengajaran dan pembelajaran hanya dijalankan secara atas talian,samada sesi tersebut berjalan secara dalam kumpulan whatsapp ataupun telegram,ataupun perbincangan atas talian meggunakan aplikasi google meet,zoom,webex dan sebagainya lagi.Perkara tersebut sedikit sebanyak memberi kesan,samada positif mahupun negatif kepada para pelajar dan guru,dengan pelbagai cabaran dan kekangan yang telah dilalui.Membahas tentang pembelajaran secara atas talian,pastinya ramai orang lebih cenderung untuk membincangkan dari sudut kekurangannya.Akan tetapi,pembelajaran secara atas talian juga sebenarnya membawa pelbagai manfaat dan kelebihan kepada pelajar itu sendiri.

      Antara kelebihan pembelajaran yang dijalankan secara atas talian adalah capaian maklumat yang lebih luas.Pelajar dan guru dapat mengakses pelbagai maklumat mengenai topik dan pembelajaran yang dibincangkan dalam kelas dengan sumber dan carian tambahan di internet.Sekiranya di sekolah,para pelajar terbatas untuk mendapatkan maklumat dengan sumber rujukan yang terhad di perpustakaan.Dengan kemudahan internet dan teknologi yang canggih dan moden dapat membantu pelajar dan guru mencari dan mendapatkan maklumat dengan jaringan yang lebih luas dan ketercapaian maklumat yang lebih pelbagai.Dengan lebih pelbagai lagi maklumat yang diperoleh,pelajar dapat mengaplikasikannya dalam pendidikan,seterusnya mebantu pelajar menambah ilmu dan penegetahuan yang tidak didapati di dalam buku teks.

        Seterusnya,pembelajaran atas talian juga memberi manfaat kepada pelajar dengan kelebihan video kuliah yang boleh diulang tayang.Para pengajar boleh merekod video pengajaran samada pembelajaran ketika kuliah berlangsung,ataupun merekod video sendiri diluar waktu kuliah.Berbekalkan rakaman kuliah dan video tersebut,pelajar dapat menggunakannya sebagai rujukan ketika mengulang kaji.Dengan kekangan masa apabila belajar secara atas talian,hal ini memudahkan para pelajar untuk menelaah kembali di lain masa sekiranya pelajar tidak dapat hadir pada waktu kuliah dijalankan.Jika pelajar tidak faham mengenai praktikal ataupun subtopik mahupun latihan kuliah yang diberikan,pelajar boleh merujuk kembali kepada rakaman tersebut,di mana pelajar akan lebih memahamai langkah dan tugas yang sepatutnya dilakukan.Hal ini terbukti apabila keberkesanan proses pembelajaran dapat dilihat daripada latihan yang diberikan.Dengan latihan tersebut,pelajar akan mengaplikasikan kefahaman mereka semasa menjawab latihan atau ujian tersebut.

        Selain itu,pembelajaran atas talian juga lebih fleksibel.Sekiranya guru tidak dapat membuat kuliah pada waktu yang ditetapkan,maka guru tersebut boleh berbincang dan berunding dengan pelajarnya untuk membuat kelas atau kuliah pada waktu lain.Atau dalam keadaan lain,misalnya para guru dan pelajar perlu mengikuti program wajib yang berlangsung pada waktu kuliah,maka guru dan pelajar tersebut boleh berbincang untuk menetapkan satu tarikh lain untuk membuat kuliah atau kelas ganti.Selain fleksibel pada masa,pembelajaran atas talian juga memberi kelonggaran tempat samada kepada guru ataupun pelajar.Pelajar masih boleh mengikuti kuliah yang berlangsung secara atas talian walau diamanpun berada,selagi tempat tersebut mempunyai kondisi internet yang stabil.Misalnya,pelajar tetap dapat menghadiri kelas walaupun berada dalam kenderaan ketika dalam perjalanan menuju ke destinasi tertentu.

          Kesimpulannya,pembelajaran secara atas talian sebenarnya banyak memberi peluang dan manfaat kepada guru dan pelajar.Prose pengajaran dan pembelajaran masih boleh berlangsung walaupun bukan secara fizikal dan bersemuka.Sebagai pelajar,kita seharusnya mengambil sepenuh peluang ketika pembelajaran dilaksanakan secara atas talian agar dapat memahami sepenuhnya apa yang diajarkan ketika di dalam kelas,di samping mengelakkan keciciran maklumat ketidakfahaman dalam satu- satu topik pembelajaran.Sebagai guru,kita juga perlu memastikan pelajar dapat berkomunikasi ketika dalam kelas walaupun secara atas talian.Di samping itu guru juga boleh menyediakan pelbagai latihan dan video rakaman pelbagai sumber sebagai maklumat tambahan kepada pelajar,bagi memantapkan pemahaman mereka dalam sesuatu topik yang dibincangkan.











Comments